Monday, March 1, 2010

MAJLIS PELANCARAN PADAS GOLF & COUNTRY CLUB

BEAUFORT: Isnin, 22 Feb, 2010

YB Datuk Hjh. Azizah DSP Mohd. Dun telah menyempurnakan Majlis Pelancaran PGCC. Beliau telah dilantik oleh Jawatankuasa Penaja sebagai Penaung PGCC. Mr. Wong, Pegawai daerah Beaufort pula telah dilantik sebagai Penasihat PGCC.


YB Datuk Hjh. Azizah memukul bola golf bagi melancarkan PGCC


Ybhg. Datuk Nurnikman Abdullah, ketika berucap mengatakan bahawa keluasan tapak tanah PGCC ialah 34.17 ekar. Beliau juga mengatakan bahawa, ada dua kategori keahlian di PGCC, iaitu; kakitangan kerajaan & orang awam. Yuran keahlian bagi kakitangan kerajaan ialah RM500.00 sahaja, manakala bagi orang awam ialah RM1,000.00

Gambar di bawah menunjukkan, YB Datuk Hjh. Azizah sedang menandatangani Plaque Pelancaran PGCC.



Read more...

Sunday, January 24, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN SOSIAL KEPADA ANAK-ANAK IBU TUNGGAL / MISKIN / OKU


KOTA KINABALU: 23 Januari, 2010 (Sabtu)


Bercakap di majlis penyampaian bantuan tersebut di Wisma Wanita, Datuk Azizah berkata, kajian menunjukkan bahawa kebanyak ibu tungal adalah bekerja sebagai buruh atau pekerja kilang. Taraf hidup mereka bertambah teruk apabila bekas suami mereka tidak memberikan mereka saaran hidup.

Datuk Azizah juga berkata, para pemimpin masyarakat seperti wakil rakyat, pegawai daerah dan JKKK boleh mengenalpasti kumpulan sasar ini di kawasan mereka untuk diberi bantuan.

Selain itu, beliau berkata, kajian menyeluruh mengenai permasalahan ibu tunggal dan kajian tentang kesan keruntuhan rumah tangga terhadap anak-anak harus dijalankan.

Pada majlis itu, seramai 160 orang kanak-kanak tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah menerima bantuan dalam bentuk beg sekolah, botol minuman, pakaian seragam sekolah dan kasut.

Read more...

Sunday, January 3, 2010

MAJLIS MALAM MESRA & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT & HAL-EHWAL PENGGUNA, SABAH

KOTA KINABALU
Jan 2, 2010 (Sabtu)

Sempena Majlis Malam Mesra Kementerian yang telah diadakan di
Promenade Hotel, cenderahati telah disampaikan oleh YB Menteri, Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun kepada pegawai-pegawai yang bertukar, pegawai-pegawai yang bersara dan pegawai-pegawai tamat latihan SSL / latihan praktikal.

Pada Majlis itu juga, YB Menteri telah menyampaikan Sijil Anugerah Prestasi Cemerlang dan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 kepada staff & pegawai Kementerian.

Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai performances daripada warga Kementerian dan juga cabutan nombor bertuah.

Dalam Ucapan & Amanat YB Menteri, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Kementerian. Beliau menekankan tentang Goal Setting di tahun baru 2010. "Goal harus ditulis dan dibincang bersama setiap hari. Karenah birokrasi di antara jabatan-jabatan harus dikurangkan. Jangan hantar surat.... seharusnya bertemu atau bercakap terus melalui talifon. Kita hanya ada 12 bulan dalam setahun. 12 bulan itu amat singkat bagi kita untuk melaksanakan sesuatu disebabkan birokrasi yang menghantui kita", kata beliau.
____________________________________________________________

En. Adam Valentine menerima Anugerah Cemerlang Kementerian
daripada YB Menteri, disaksikan oleh Datuk Asnimar Sukardi,
Setiausaha Tetap Kementerian
__________________________________________________________


Gambar kenangan para penerima Anugerah bersama YB Datuk Menteri
sempena Majlis Malam Mesra Kementerian

Read more...

About This Blog

Aktiviti, Program dan Ucapan-ucapan YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Sabah, merangkap ADUN N25 Klias [UMNO-BN]

Facebook Link

yyyy

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP