Sunday, January 3, 2010

MAJLIS MALAM MESRA & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT & HAL-EHWAL PENGGUNA, SABAH

KOTA KINABALU
Jan 2, 2010 (Sabtu)

Sempena Majlis Malam Mesra Kementerian yang telah diadakan di
Promenade Hotel, cenderahati telah disampaikan oleh YB Menteri, Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun kepada pegawai-pegawai yang bertukar, pegawai-pegawai yang bersara dan pegawai-pegawai tamat latihan SSL / latihan praktikal.

Pada Majlis itu juga, YB Menteri telah menyampaikan Sijil Anugerah Prestasi Cemerlang dan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 kepada staff & pegawai Kementerian.

Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai performances daripada warga Kementerian dan juga cabutan nombor bertuah.

Dalam Ucapan & Amanat YB Menteri, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Kementerian. Beliau menekankan tentang Goal Setting di tahun baru 2010. "Goal harus ditulis dan dibincang bersama setiap hari. Karenah birokrasi di antara jabatan-jabatan harus dikurangkan. Jangan hantar surat.... seharusnya bertemu atau bercakap terus melalui talifon. Kita hanya ada 12 bulan dalam setahun. 12 bulan itu amat singkat bagi kita untuk melaksanakan sesuatu disebabkan birokrasi yang menghantui kita", kata beliau.
____________________________________________________________

En. Adam Valentine menerima Anugerah Cemerlang Kementerian
daripada YB Menteri, disaksikan oleh Datuk Asnimar Sukardi,
Setiausaha Tetap Kementerian
__________________________________________________________


Gambar kenangan para penerima Anugerah bersama YB Datuk Menteri
sempena Majlis Malam Mesra Kementerian

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

Aktiviti, Program dan Ucapan-ucapan YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Sabah, merangkap ADUN N25 Klias [UMNO-BN]

Facebook Link

yyyy

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP