Sunday, January 24, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN SOSIAL KEPADA ANAK-ANAK IBU TUNGGAL / MISKIN / OKU


KOTA KINABALU: 23 Januari, 2010 (Sabtu)


Bercakap di majlis penyampaian bantuan tersebut di Wisma Wanita, Datuk Azizah berkata, kajian menunjukkan bahawa kebanyak ibu tungal adalah bekerja sebagai buruh atau pekerja kilang. Taraf hidup mereka bertambah teruk apabila bekas suami mereka tidak memberikan mereka saaran hidup.

Datuk Azizah juga berkata, para pemimpin masyarakat seperti wakil rakyat, pegawai daerah dan JKKK boleh mengenalpasti kumpulan sasar ini di kawasan mereka untuk diberi bantuan.

Selain itu, beliau berkata, kajian menyeluruh mengenai permasalahan ibu tunggal dan kajian tentang kesan keruntuhan rumah tangga terhadap anak-anak harus dijalankan.

Pada majlis itu, seramai 160 orang kanak-kanak tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah menerima bantuan dalam bentuk beg sekolah, botol minuman, pakaian seragam sekolah dan kasut.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

Aktiviti, Program dan Ucapan-ucapan YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Sabah, merangkap ADUN N25 Klias [UMNO-BN]

Facebook Link

yyyy

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP